Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru kepada semua Guru




 
Mugshot:

1. EBIT...Perlu disanjung

2. NASREE...Setuju naik gaji

3. NASIR...Tingkatkan profesionalisme

SRI AMAN, Rabu (16 Mei) – 16 Mei adalah merupakan tarikh yang cukup bermakna buat semua warga pendidikan apabila berlangsungnya sambutan Hari Guru 2012 yang diadakan serentak di seluruh negara pada hari ini.

Sudah tentunya menerusi sambutan hari tersebut, sumbangan warga pendidik dihargai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang telah melihat usaha keras mereka dalam mendidik anak-anak bangsa selama ini.

Untuk itu Utusan Sarawak telah berkesempatan untuk melakukan tinjauan dikalangan masyarakat umum bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung sambutan Hari Guru berkenaan.

“Memang tidak saya nafikan bahawa para guru memainkan peranan cukup penting dalam mewujudkan barisan pemimpin yang telah mencorakkan pembangunan negara semenjak merdeka.

“Justeru masyarakat perlu menyanjung tinggi jasa golongan terbabit menerusi sambutan Hari Guru tahun ini,” menurut Pembantu Perubatan dari Hospital Bahagian Betong iaitu Ebit anak Seng.

Manakala itu Nasree Mohd Nasaruddin, 23, pula bersetuju atas tindakan kerajaan dalam menaikkan kadar gaji para guru memandangkan golongan terbabit adalah kunci utama kepada kemajuan negara ini.

Tanpa golongan guru katanya adalah amat mustahil barisan pemimpin pada masa sekarang dapat dilahirkan bagi meneraju proses pembangunan negara dari segi pelbagai aspek bermula dari dulu hingga sekarang.

“Dengan kata lain tindakan kerajaan menaikkan gaji para guru tidak perlu dipersoalkan. Mereka sudah berjasa kepada kita dengan pihak kerajaan membalas budi golongan tersebut menerusi kenaikkan gaji,” katanya.

Manakala itu Nasir Wan Ibrahim pula berharap agar para guru dapat mempertingkatkan tahap profesionalisme mereka ketika mendidik murid-murid seiring dengan kemajuan pesat teknologi pada masa sekarang.

Tamat.



No comments:

Post a Comment