Caption: ADA BAKAT...Nyalau dan Rayong (belakang) ketika melakukan upacara
Ngetas Ranyai bersempena dengan majlis itu di SK Nanga Menjuau kelmarin.
ENGKILILI, Isnin (7 Mei) - Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak tidak
gentar untuk berhadapan dengan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) kelak.
Beliau bersedia berbuat demikian jika diberi kepercayaan untuk mengibar
semula bendera Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan calon dari Parti Pekerja
Sarawak (SWP) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Jentera pilihan raya saya di Parlimen Lubok Antu sudah bersedia untuk
PRU13 ini. Dengan kata lain saya tidak gentar berhadapan dengan kehadiran
mereka pada pilihan raya itu nanti,” katanya.
Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau (Makan
Tengahari) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga
Menjuan 2012, di kawasan Ulu Skrang , Engkilili kelmarin.
Sementara itu Nyalau turut menasihatkan para pelajar di kawasan pedalaman
agar melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan secukupnya sebagai bekalan untuk
mencari pekerjaan pada masa hadapan.
“Justeru jika ingin bekerja di bandar dan mendapat pekerjaan yang baik maka
mereka lengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pendidikan dengan secukupnya
terlebih dahulu,” katanya.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical
Rayong Ngipa, Guru Besar SK Nanga Menjuan, Morshidi @Morsidi Haji Serah dan ketua
masyarakat di sini.
Nyalau menerusi majlis berkenaan telah pun mengumumkan peruntukan Projek
Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM15,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru SK
Nanga Menjuau, Ulu Skrang.
SK Menjuau yang mempunyai hanya 47 orang murid pada masa sekarang adalah merupakan
sebuah sekolah yang terletak paling hujung dalam kawasan sepanjang sungai Ulu
Skrang, Engkilili.
Tamat..
No comments:
Post a Comment