Caption: SIMBOLIK...Warga SK Nanga Klassen sedia memotong kek sebagai simbolik sambutan perayaan Hari Guru 2012 baru-baru ini.
SRI AMAN, Selasa (22 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen tidak ketinggalan untuk
menyambut perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah yang berlangsung di situ
baru-baru ini.
Dengan bertemakan Guru Innovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara, sekolah terbabit nyata menyahut seruan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan
barisan guru berinnovatif serta berdaya saing mengharungi dunia globalisasi
sekarang.
Jurucakap sekolah ketika ditemui memberitahu kejayaan melaksanakan misi dan
visi sekolah akan dapat meningkatkan prestasi akademik amnya dan juga lain-lain
bidang dikalangan murid sekolah bagi tahun ini.
“Jauhkan sikap suka mengata, hasad dengki dan tidak ingin melihat orang
lain maju dalam sesuatu organisasi seperti di dalam sekolah ni kerana ia boleh mengundang
kepada penurunan prestasi sekolah disamping menganggu proses pembentukan modal
insan.
“Justeru adalah amat penting bagi semua warga sekolah untuk saling
bekerjasama dan berfungsi seperti satu institusi keluarga demi mempertingkatkan
prestasi sekolah selepas ini,” katanya.
Pihaknya juga berharap agar SK Nanga Klassen akan dapat mencapai misi dan
visi untuk menjadi sebuah sekolah yang gemilang dan maju seiiring dengan tema sambutan
Hari Guru tahun ini.
Terdahulu sambutan Hari Guru SK Nanga Klassen, Sri Aman telah diserikan
dengan upacara nyanyian lagu Hari Guru dan upacara memotong kek yang
membabitkan semua kakitangan sekolah.
Tamat.
No comments:
Post a Comment