PERINGATAN...Sikap penduduk yang gemar membuang air kecil di
longkang sepanjang bangunan Lot 916 dan Lot 917 menyebabkan seorang peniaga
restoran meletakkan amaran di salah satu sudut dinding demi mengingatkan
penduduk agar tidak bertindak sedemikian selepas ini. Amaran ringkas yang
ditulis pada sekeping kertas tersebut adalah amat wajar walaupun bunyinya
kelihatan melucukan. Justeru orang ramai
dinasihatkan agar tidak mengotorkan sudut dinding dan longkang di kawasan bangunan
ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dari masa ke semasa. Malah mereka juga dinasihatkan agar tidak
mencontohi sikap sesetengah penduduk yang sengaja membuang air besar di
longkang tersebut tanpa memperdulikan sensitiviti penduduk yang tinggal di
situ. - 9 MEI
No comments:
Post a Comment