Untuk Ruangan Niaga Utusan Sarawak
Caption:
1. DAMAI...Gambar menunjukkan ruang dalaman premis EA The Beauty Look yang
menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan pakej kecantikkan untuk wanita dalam
bandar Sri Aman.
2. MENARIK...Keselesaan para pelanggan diutamakan dengan adanya kerusi
tempat menunggu giliran masing-masing di premis terbabit.
3. UNTUK DIJUAL...EA The Beauty Look turut menawarkan pelbagai jenis produk
kecantikkan berjenama tinggi kepada mana-mana pelanggan yang berkunjung ke
premis tersebut.
4. UNTUK PELANGGAN...EA The Beauty Look turut menyediakan peralatan
berkualiti tinggi bagi kegunaan perkhidmatan Body Massage untuk para pelanggan
mereka.
5. SIBUK...Junaiza sambil dibantu oleh suaminya Ibrahim ketika sedang sibuk
menguruskan hal ehwal syarikat di EA The Beauty Look.
6. SILA DATANG...Junaiza (kiri) dan suami iaitu Ibrahim (kanan) merakamkan
gambar kenangan di hadapan premisnya, EA Beauty Look ketika ditemui Utusan
Sarawak kelmarin.
7. USAHAWAN MUDA...Junaiza ketika bersama suaminya, Ibrahim di dalam ruang
premis Solekan dan Terapi Kecantikkan EA The Beauty Look.
SRI AMAN, Sabtu (5 Mei) - Berkat dan kesungguhan. Itulah prinsip yang dipegang teguh oleh Junaiza binti Masri, 29, apabila beliau muncul sebagai pengusaha pusat terapi kecantikan dan solekan berketurunan Bumiputera yang pertama dalam Bandar Sri Aman ini.
Gadis kelahiran Sri Aman ini telah menamatkan pengajian di Pusat Giatmara
Sri Aman dalam Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikkan selama enam bulan sebelum
menubuhkan syarikat EA The Beauty Look khas untuk wanita pada 28 Januari tahun
ini.
Syarikat yang beroperasi di Pusat Inkubator Giatmara Sri Aman, Lot 179,
Kuaters JKR, Jalan Astana dalam bandar ini telah menjanjikan pelbagai perkhidmatan
menarik pada caj harga berpatutan kepada pelanggan yang menginginkannya selepas
ini.
Kesemua perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Junaiza ini mencakupi
Facial Care, Maekup, Body Massage, Manicure Pedicure, Hair dan Pakej Perkahwinan
selain menerima tempahan gubahan hantaran pertunangan daripada para
pelanggannya.
Malah syarikat EA The Beauty Look juga turut menawarkan Pakej Idaman,
Belaian Jiwa, Pakej Ratu dan Pakej Cantik kepada para pelanggannya disamping
turut menjual produk kecantikan berjenama seperti Mustika Ratu, Nutri Matic dan
Ampure Collegen.
“Syarikat EA The Beauty Look beroperasi dari ham 10 pagi hingga 6 petang
bagi hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 6.30 petang bagi hari Sabtu
dan Ahad serta dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada waktu cuti umum.
“Pelanggan yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-4384153 atau
melayari Group Facebook EA TheBeautyLook untuk mengetahui butiran lanjut
mengenai harga dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka selepas ini,”
kata Junaiza.
Sementara itu ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam bidang
terbabit, Junaiza memberitahu bahawa penubuhan EA The Beauty Look telah
mendapat sokongan kuat dari Pusat Giatmara dan suaminya sendiri iaitu Abang
Ibrahim Abang Mantaril.
Pemilik sijil graduan bertaraf profesional dari Pusat Giatmara itu memberitahu
bahawa minat dan kesungguhan yang mendalam terhadap bidang itu telah menyebabkan
Pusat Giatmara memberi bantuan kepada mereka untuk memulakan perniagaan
tersebut.
“Syarikat EA The Beauty Look telah beroperasi secara percuma di Pusat
Inkubator Giatmara Sri Aman dengan bil elektrik ditanggung sepenuhnya oleh
Pusat Giatmara yang menyokong usaha kami ini.
“Manakala peralatan selebihnya pula seperti Facial Steam serta beberapa
aksesori yang lain pula telah dibiayai sepenuhnya oleh saya dan suami dengan
kos sekarang sudah mencecah antara RM6,000 hingga RM7,000,” katanya.
Bagi melengkapkan kemahiran dalam diri, Junaiza telah menghadiri kursus
solekan di Sri Aman baru-baru ini sebelum berangkat ke Sabah untuk melanjutkan
pengajian dalam bidang Spa pada minggu hadapan.
Usahawan muda terbabit berharap agar peningkatan ilmu kemahiran dalam diri
akan dapat membangkitkan kepuasan para pelanggan yang datang ke premis EA The
Beauty Look untuk menggunakan khidmat mereka dari masa ke semasa.
“Harapan saya dan suami ialah untuk berpindah ke pusat Bandar Sri Aman demi
memperkembangkan lagi perniagaan syarikat EA The Beauty Look dikalangan
pelanggan wanitanya pada masa akan datang,” katanya.
Junaiza juga turut memberitahu bahawa pihak Giatmara sememangnya
bersungguh-sungguh mahu membantu para belia terutama sekali para graduannya
yang mahu menceburi bidang masing-masing secara serius selepas itu.
“Buktinya ialah pihak Giatmara masih lagi menghubungi saya untuk bertanya mengenai
perkembangan terkini operasi syarikat EA The Beauty Look disamping menawarkan pelbagai
bantuan sekiranya ia diperlukan.
“Justeru nasihat saya kepada para belia ialah agar tidak mensia-siakan
kemahiran yang mereka pelajari dari Pusat Giatmara demi mempertingkatkan taraf
hidup masing-masing selepas ini,” katanya.
Syarikat EA The Beauty Look kini hanya boleh menampung seramai tiga orang
pelanggan bagi tempoh sehari memandangkan Junaiza hanya mempunyai seorang
pembantu khas buat masa sekarang.
Tamat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete(HomeMade) Sabun 7 jenis bunga (Mandi Bunga) mengandungi pati asli 7 jenis bunga utk digunakan sebelum upacara Mandi Bunga.
ReplyDeletePengedar diperlukan 011-1197 2340 (Admin).
Penghantaran Percuma seluruh Malaysia.