Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Penduduk rumah panjang blok jalan masuk ke kebun



Caption: DILARANG MASUK...Gambar menunjukkan halangan berkayu yang dibina oleh penduduk untuk menghalang kemasukan syarikat swasta ke kawasan tanah mereka semenjak kelmarin.

PANTU, Isnin (14 Mei) – Penduduk dari dua buah rumah panjang di daerah kecil Pantu telah bertindak membina pagar untuk menutup laluan jalan masuk menuju ke kawasan tanah mereka kelmarin.

Peristiwa terbabit berlaku apabila sebuah syarikat swasta gagal memenuhi tuntutan Adat Penti Pemali Menua daripada penduduk rumah panjang terbabit setelah memasuki kawasan tanah kongsi tersebut sebelum itu.

“Syarikat swasta berkenaan telah menjadikan kawasan tanah kongsi milik penduduk rumah panjang tersebut sebagai laluan untuk mengambil kayu di sana kira-kira enam bulan lepas.

“Justeru penduduk rumah panjang meminta syarikat swasta tersebut untuk memenuhi tuntutan adat tersebut sehingga perbincangan antara kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat selepas itu,” kata sumber yang enggan mendedahkan namanya di akhbar ini.

Penduduk dari salah sebuah rumah panjang tersebut kemudiannya bertindak membina pagar kayu untuk menutup jalan masuk menuju ke tanah mereka agar syarikat swasta tersebut tidak dapat mengambil kayu di kawasan itu.

Mereka kata sumber mahu ‘mengajar’ syarikat swasta berkenaan agar tidak cuba memperlekehkan Adat Penti Pemali Menua kerana memasuki tanah milik penduduk tanpa kebenaran selepas ini.

“Bagaimanapun tindakan penduduk itu juga turut menimbulkan masalah baru apabila pekerja ladang sawit tidak dapat memasuki kawasan berkenaan untuk menuai buah kelapa sawit mereka semenjak kelmarin,” kata sumber.

Tamat.


No comments:

Post a Comment