Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Usahakan NCR dengan tanaman komersial - Nyalau



Caption: RASMI...Nyalau sedang memotong reben sebagai tanda simbolik kehadiran beliau pada majlis itu hari ini.

LUBOK ANTU, Khamis (26 April) – Penduduk digalakkan untuk mengusaha tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik masing-masing dengan pelbagai jenis tanaman komersial mulai sekarang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata usaha ini adalah amat berbaloi daripada membiarkan tanah NCR terbabit ditumbuhi semak dan seterusnya tidak memberikan hasil kepada pemiliknya selepas itu.

“Penduduk mungkin boleh menanam kelapa sawit di tanah NCR milik mereka khasnya yang terletak jauh dari penempatan mereka menerusi projek usaha sama atau secara persendirian.

“Lagipun ia secara tidak langsung akan membolehkan pewarisnya mengetahui dengan tepat lokasi tanah NCR milik keluarga mereka jika ia diusahakan menerusi projek penanaman komersial di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Dialog Projek Pembangunan Tanah NCR bagi kawasan Lemanak Lubok Antu di Rumah Tugong anak Nyelang,  Lubok Antu hari ini.

Selain itu Nyalau juga menasihatkan penduduk agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mahu menghalang mereka dari menyertai projek usahasama penanaman komersial di atas tanah mereka selepas ini.

“Justeru saya menasihatkan pemilik tanah NCR agar berfikir dengan semasak-masaknya sebelum menyertai projek penanaman komersial secara usahasama yang ditawarkan kepada mereka selepas ini.

“Fikirkan masa depan hidup anda. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan pelbagai pihak yang mahu menganggu anda menikmati kesenangan hasil dari projek usahasama tersebut,” katanya.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM10,000 kepada kepada JKKK Rumah Tugong dengan RM3,000 lagi diperuntuk kepada biro wanita rumah panjang tersebut.

Tamat.




No comments:

Post a Comment