Caption: BASAH...Kebocoran saluran paip air ke rumah panjang Sigak hampir setahun yang lepas perlu diatas segera oleh pihak berkaitan demi kebaikan mereka selepas ini.
SRI AMAN, Khamis (24 Mei) – Penduduk dari Rumah Jerry Lai, Kampung Sigak, Sri Aman
memohon jasa baik pihak berkaitan untuk memperbaiki segera saluran paip air yang
bocor di rumah panjang mereka selepas ini.
Menurut salah seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan di sini
memberitahu paip bekalan air bersih ke rumah panjang mereka sudah bocor
semenjak setahun yang lepas
Beliau mendakwa bahawa penduduk rumah panjang di situ sudah pun melaporkan
masalah kebocoran paip air terbabit kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk
tujuan tindakan lanjut selepas ini.
“Kebocoran paip bekalan air terbabit telah menyebabkan tekanan air ke rumah
panjang mereka menjadi rendah sehingga menyukarkan penduduk untuk melakukan
kerja harian rumah.
“Kami yakin masalah tekanan air rendah ke rumah panjang akan dapat diatasi
sekiranya pihak JKR bertindak segera untuk memperbaiki semula kebocoran pada
saluran paip air berkenaan,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa kebocoran saluran paip air tersebut telah
mempercepatkan proses kerosakan jalan raya tar ke rumah panjang mereka selain
menyebabkan permukaan tanah di situ berbecak.
Justeru penduduk Rumah Jerry, Siga memohon pihak JKR atau agensi kerajaan
yang bertanggungjawab untuk datang segera bagi meninjau dan menyelesaikan masalah
kebocoran saluran paip tersebut selepas ini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment