Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 9, 2012

Budak ni tinggal IC kat bawah opis aku; sila tuntut


Caption: DITEMUI...Abdul Hamzzah Sa’aden diminta datang ke pejabat Utusan Sarawak Sri Aman untuk menuntut semula kad pengenalan beliau selepas ini.

SRI AMAN, Jumaat (4 Mei) – Abdul Hamzzah bin Sa’aden diminta untuk datang ke pejabat Utusan Sarawak cawangan Sri Aman bagi menuntut semula kad pengenalan beliau selepas ini.

Kad pengenalan milik beliau telah ditemui oleh kakitangan Utusan Sarawak pada waktu petang kelmarin ketika berlangsungnya kerja-kerja pembungkusan surat khabar di bawah pejabat cawangan ini.

Disebabkan oleh rasa bimbang sekiranya kad pengenalan tersebut ditemui dan seterusnya disalahgunakan oleh pihak lain maka Utusan Sarawak telah bertindak menyimpan kad pengenalan tersebut untuk diserahkan sendiri kepada pemiliknya.

“Kami mendapati bahawa pemiliknya iaitu Hamzzah, berasal dari No.66, Kampung Tengah dalm kawasan Sri Aman ini dengan nombor kad pengenalan iaitu 960813-13-5761.

“Justeru kami berharap agar Hamzah atau ahli keluarga terdekat beliau datang ke pejabat kami di Lot 916, Jalan Hospital untuk menuntut semula kad pengenalan terbabit selepas ini,” kata penyelia pemasarannya, Zulia Haji Jemat.

Beliau turut memberitahu bahawa pejabat operasi Utusan Sarawak dan The New Sarawak Tribune cawangan Sri Aman terletak di belakang bangunan RB Ahmad Bookstore atau Kedai Kuang selepas ini.

“Kami mungkin akan menyerahkan kad pengenalan tersebut kepada pihak polis sekiranya Hamzah atau ahli keluarga terdekat beliau tidak menuntut semula kad pengenalan tersebut pada minggu hadapan,” katanya.

Utusan Sarawak turut mendapati bahawa kad pengenalan milik Hamzah mengalami telah kerosakan di bahagian belakang dan perlu ditukar di Pejabat Pendaftaran pada masa akan datang.

Tamat.




No comments:

Post a Comment