UNTUK ALBUM...Sejumlah 58 orang anggota Pasukan Ikatan
Relawan Rakyat (RELA) dari seluruh negeri Sarawak telah mengambil bahagian
dalam Kursus Kem Bina Negara yang berlangsung di Sepamdi, Lundu bermula dari 24
hingga 26 April lepas. Kesemua anggota RELA terbabit datang dari daerah Sibu,
Bintulu, Serian, Sri Aman, Sarikei, Pakan, Tatau, Belawai, Song, Saratok, Kota
Samarahan, Padawan dan Simunjan. Kesemua anggota RELA itu telah didedahkan
dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal Biro Tatanegara ketika
berlangsungnya kursus selama tiga hari dua malam tersebut. Kursus yang
dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara itu telah disertai oleh
Ketua Perhubungan RELA Kawasan. Turut kelihatan dalam gambar berkumpulan
tersebut ialah Pegawai Latihan RELA, Leftenan Kolonel Nyawai Palah. Foto: ZULIA HAJI JEMAT
No comments:
Post a Comment