Caption: BERISIKO...Gambar menunjukkan tindakan para pelajar yang
mengabaikan keselamatan diri sendiri ketika menumpang sebuah lori pulang dari
sekolah lewat pagi kelmarin.
SRI AMAN, Sabtu (28 April) – Keselamatan adalah merupakan perkara paling utama yang
perlu dititikberatkan oleh pemandu atau penumpang kenderaan ketika berada di
jalan raya dari masa ke semasa.
Ini kerana kelalaian berbuat demikian boleh mengundang kemalangan terhadap
diri mereka sendiri sama ada mengalami kecederaan serius atau pun yang paling
ditakuti sekali ialah kematian.
Kelmarin Utusan Sarawak telah dikejutkan oleh tindakan sesetengah pelajar
yang menumpang sebuah lori ketika melakukan rutin tinjauan di sekitar laluan
Jalan Resak sekitar jam 11.30 pagi.
Mereka yang terdiri daripada 13 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah
popular dalam bandar ini dilihat seolah-olah memandang rendah terhadap faktor
keselamatan diri ketika menumpang di belakang lori tersebut.
Tiga daripada 13 orang pelajar terbabit duduk di buritan lori, dua orang di
atas kepala kenderaan tersebut dengan tujuh orang lagi di berdiri bahagian sisi
kenderaan muatan tiga tan berkenaan.
Adalah sukar dibayangkan sekiranya lori berkenaan memberhentikan
kenderaannya secara mengejut sehingga menyebabkan tiga orang pelajar di buritan
terjatuh ke atas jalan raya manakala dua orang lagi pula tercampak ke hadapan.
Mereka mungkin boleh mengalami kecederaan serius disebabkan oleh kejadian
seumpama itu sehingga menimbulkan kesusahan dikalangan ibubapa kepada para
pelajar berkenaan.
Pemandu lori terbabit tidak boleh disalahkan jika berlakunya senario
seperti itu memandangkan sikap sambil lewa pelajar itu sendiri yang boleh
mengundang kepada berlakunya risiko kemalangan tersebut.
Penulis tidak berniat menunjukkan sikap ‘suka menjaga tepi kain orang’
berhubung perkara ini namun sekadar mahu mengingatkan semua pelajar bahawa
keselamatan ketika pulang dari sekolah perlu dititikberatkan dalam diri dari
masa ke semasa.
Tamat.
No comments:
Post a Comment