Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, May 16, 2012

Orang Iban jangan terikut budaya kaum lain - NYalau



Caption: APA KHABAR? Nyalau sedang bersalaman dengan penduduk sambil diikuti oleh Rayong ketika berlangsungnya majlis itu di Pentik, Engkilili.

ENGKILILI, Rabu (9 Mei) – Orang Dayak di negeri ini dinasihat agar tidak mudah terikut-ikut dengan budaya kaum lain yang menjadi kegilaan orang ramai pada masa sekarang kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Menurut beliau generasi muda kaum Dayak pada masa sekarang dilihat lebih gemar mengikut budaya dan kesenian kaum lain hingga lupa terhadap budaya asal kaum mereka sendiri.

“Adalah cukup mengecewakan sekirangnya kaum Dayak khasnya Iban tidak tahu mempersembahkan Tarian Ngajat yang merupakan identiti kebudayaan kaum mereka selama ini.

“Justeru generasi muda Iban pada masa sekarang haruslah bertindak segera untuk mengekalkan budaya dan kesenian kaum Dayak agar ia tidak pupus ditelan zaman selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Merakyatkan Seni Dan Budaya (PMS) bersama Majlis Pemimpin Bersama Rakyat’ di Rumah Nanting, Pentik, Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Nyalau juga menasihatkan generasi muda Iban untuk mempelajari Tarian Ngajat, Beramban, Bersangai ataupun Berpantun agar ia dapat diwarisi oleh generasi baru masa hadapan.

Sementara itu beliau turut menasihatkan rakyat dalam negeri ini terutama sekali di Parlimen Lubok Antu agar memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luat Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada JKKK Rumah Nanting, dan RM3,000 lagi kepada biro wanita rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Penolong Pengarah II Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak, Johan Wahyuddin Taid dan Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat.

Tamat…



No comments:

Post a Comment