Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, September 5, 2012

Pastikan BN di Batang Ai - Mussen



Caption: DARI KERAJAAN…ADUN Batang Ai, Malcom Mussen sedang menyampaikan cek MRP kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau (tengah) ketika berlangsungnya Majlis Barbeque di Kaong Ili, Lubok Antu baru-baru ini.

LUBOK ANTU, Isnin (27 Ogos) – Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai perlu sama memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Wakil rakyatnya, Malcom Mussen Lamoh berkata kemenangan BN di Parlimen Lubok Antu boleh dicapai dengan adanya sokongan padu mereka terhadap penyandang kerusi parlimen tersebut iaitu William Nyalau Badak.

“Saya juga akan memberi sokongan 100 peratus terhadap Nyalau. Ini kerana beliau adalah seorang wakil rakyat yang rajin turun padang dalam kawasan parlimennya sendiri untuk meninjau masalah hidup mereka.

“Atas sebab ini jika beliau (Nyalau) diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada PRU-13 nanti maka berilah sokongan padu terhadapnya,” kata beliau.

Mussen berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Barbeque bersempena dengan sambutan Ulangtahun Ke- 30 Tahun Penubuhan Rumah panjang Johnson, Kaong Ili, Lubok Antu baru-baru ini.

Beliau juga turut mengajak rakyat di kawasan Parlimen Lubok Antu agar tidak mudah tunduk terhadap ajakan pihak pembangkang demi kepentingan politik mereka sendiri menjelang musim PRU ini nanti.

Terdahulu majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu menyaksikan kedua-dua mereka menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa JKKK rumah panjang di sekitar DUN Batang Ai.


Tamat....



No comments:

Post a Comment