Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, September 5, 2012

Projek hospital baru Sri Aman nyata tepati janji



Caption: DALAM PROSES...Gambar menunjukkan kawasan tapak pembinaan hospital baharu yang sudah diratakan dalam kawasan Kejatau, Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (31 Ogos) – ‘Janji Ditepati’, demikianlah slogan yang dilaungkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang diraikan oleh semua penduduk berbilang kaum di negara ini.

Di Sri Aman, slogan tersebut nyata telah dipratikkan dengan adanya perlaksanaan projek pembinaan hospital baru yang sedang berlangsung di kawasan Kejatau semenjak pertengahan bulan Julai lepas.

Projek pembinaan hospital baru dalam Bandar Sri Aman ini dimulai dengan kerja meratakan tapak tanah menerusi kos bernilai RM10 juta yang dijangka akan selesai sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Semestinya kerja meratakan tapak hospital terbabit telah menarik perhatian ribuan orang penduduk dalam bandar ini yang sering berulang-alik di kawasan Jalan Bayu hasil tinjauan rambang Utusan Sarawak dua bulan lepas.

“Kami menantikan bermula perlaksanaan projek ini. Kini kerja meratakan tapak tanah hospital baru terbabit sudah pun bermula sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menaiktaraf kemudahan  kesihatan penduduk,” kata Morgan.

Menurut usaha pembinaan hospital baharu yang menelan kos keseluruhan bernilai RM200 juta adalah amat penting bagi menggantikan hospital lama dalam Bandar Sri Aman pada masa sekarang.

Beliau yakin hospital baharu di Sri Aman akan dapat menampung permintaan lebih ramai penduduk dari segi kemudahan kesihatan sekiranya ia siap menjelang tahun 2014 ini nanti.

“Justeru saya berharap agar kerja pembinaan hospital baharu di Sri Aman akan terus berjalan lancar tanpa sebarang gangguan selepas ini demi menepati janji yang telah diberikan oleh kerajaan,” kata Nasir Wan Ibrahim.

Tamat.




1 comment:

  1. 1. Foto di atas telah diambil pada tahun 2012 semasa kerja Fasa 1 Rawatan Tanah. Cerucuk itu bukan untuk kerja bangunan hospital. Ia hanyalah untuk pembinaan tempat basuh kenderaan supaya jalan tidak dikotori lumpur. Keadaan tanah berpaya Dan gambut memerlukan cerucuk untuk menampung berat kenderaan dan tempat basuh
    2 2012 tempat basuh kenderaan. Kiki dibina Pejabat Tapak JKR untuk mentadbir Pembinaan Hospital Baru Sri Aman 2016
    3 Kita telah membersih kawasan sejak tarikh milik tapak 26.10.15. Sekarang sedang giat menjalankan kerja kerja permulaan. Kerja ujian cerucuk sedang berlangsung. Kerja penanaman cerucuk dijadualkan pada 1.3.16 setelah kerja ujian cerucuk selesai
    6. Kemajuan terkini Masih 3% sebenar 8% jadual

    ReplyDelete