SRI
AMAN, Rabu (5 Sept) – Orang ramai dijemput bagi menjayakan Aktiviti Berjalan 10,000
Langkah Serentak Seluruh Malaysia 2012 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan
Sri Aman pada 9 September ini.
Aktiviti
anjuran Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman yang bermula pada jam 9 pagi di
Kompleks Sukan Sri Aman itu bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari
Kemerdekaan Negara Ke-55 Tahun.
“Objektif
aktiviti bagi peringkat Bahagian Sri Aman ini adalah untuk menzahirkan semangat
patriotisme dikalangan kakitangan kesihatan disamping mempromosikan aktiviti
fizikal seperti 10,000 langkah sebagai cara mengamalkan gaya hidup sihat.
“Kementerian
Kesihatan Malaysia juga akan mendapatkan pengiktirafan daripada pihak The
Malasia Book Of Record sebagai Aktiviti 10,000 Langkah Serentak Seluruh
Malaysia dengan penyertaan paling ramai,” kata jurucakapnya Gabriel Alexis.
Bagi
menjayakan aktiviti terbabit pihak penganjur menurut beliau akan mengadakan
beberapa acara lain seperti nyanyian lagu patriotik, perlepasan berjalan 10,000
langkah dan juga cabutan tiket bertuah.
Justeru
pihak Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman kata Alexis ingin menjemput penduduk
yang berminat dari kawasan Sri Aman agar datang pada hari tersebut bagi
memeriahkan lagi suasana penganjuran aktiviti tersebut.
“Penduduk
yang berminat untuk menyertai aktiviti ini boleh mendaftarkan diri
masing-masing bermula jam 6.30 pagi sebelum upacara pelepasan diadakan pada jam
8 pagi di kompleks sukan berkenaan.
“Setiap
para peserta yang menyertai program ini akan diberi sijil penyertaan. Sebarang
pertanyaan sila hubungi penyelaras program kami di talian 083-322176 untuk
malumat lanjut,” menurut beliau.
Tamat.