Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, February 16, 2012

Penduduk Penempatan Pulau Seduku adakan aktiviti sukan dan karaoke





Caption:

1. TAHNIAH...Madehi sedang menyerahkan hadiah kepada seorang peserta karaoke pada majlis itu kelmarin.

2. BERENTAP...Para pemain Futsal sedang berentap di hadapan tiang gol ketika berlangsungnya pertandingan itu kelmarin.

3. UNTUK ALBUM...Pasukan yang berentap dalam Pertandingan Futsal Piala Agropolitan bergambar kenangan di sini kelmarin.

Arip Abong

LINGGA, Rabu (15 Feb) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Penempatan Agropolitan Pulau Seduku, Lingga telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Agropolitan Dan Karaoke di sini kelmarin.

Jurucakap penganjur, Arip Abong berkata pertandingan yang turut mendapat kerjasama daripada pihak belia kampung berkenaan telah pun berlangsung di gelanggang padang futsal dan pentas karaoke dalam kawasan penempatan berkenaan.

“Kedua-dua acara ini bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan bagi mengalakkan penglibatan para rakyat dalam aktiviti sosial yang dilihat mahu membentuk jati diri masing-masing dari masa ke semasa.

“Justeru JKKK dan belia Penempatan Agropolitan Pulau Seduku Lingga berharap agar pertandingan seperti ini akan dapat dijadikan sebagai budaya tetap dikalangan rakyat dalam kawasan ini dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu sejumlah 17 buah pasukan telah berentap untuk merebut kejuaraan Pertandingan Futsal Piala Agropolitan terbabit dengan 30 orang peserta lagi mengambil dalam Pertandingan Karaoke di situ.

Pertandingan Futsal Piala Agropolitan ini menyaksikan pasukan Real Boka muncul juara dengan pasukan JYRSS, Fido Dido dan The Lion Group muncul pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat dalam kejohanan itu.

Manakala itu Rosnani dari Bakong muncul juara Kategori Lagu Bebas bagi Pertandingan Karaoke berkenaan dengan Aziz juga dari Bakong dan Rashid dari Kampung Baur muncul pemenang tempat kedua dan ketiga.

Kategori Lagu 60-an Pertandingan Karaoke itu pula menyaksikan Mat Top dari Bakong muncul juara dengan KK Nafsul dari Kampung Skait dan Rashid dari Kampung Baur memenangi tempat kedua serta ketiga bagi kategori itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Daerah Kecil Lingga, Wan Madehi Wan Akil sambil disaksikan oleh Ketua Kampung Penempatan Agrolitan Pulau Seduku, Mohd Salleh Jon dan wakil FELCRA.

Tamat.

No comments:

Post a Comment